Singapura Jadikan Malaysia Inspirasi
MakanBola
FA Singapore
Sponsors

Bek tengah Singapura, Safuwan Baharudin melihat Malaysia sebagai inspirasi pasukan itu terutama menjelang aksi menentang Korea Selatan pada malam ini.

Sejak skuad negara dibimbing oleh jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon pada 2022, Malaysia mempamerkan peningkatan dari segi prestasi.

Ad

Selain berjaya mara secara merit ke Piala Asia 2023, skuad negara turut mencipta kejutan ke atas pasukan-pasukan yang memiliki ranking dunia yang lebih tinggi.

Ad

Salah satu daripadanya ialah Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan Piala Asia 2023 pada Januari lalu. Gol dramatik Romel Morales memastikan Harimau Malaya mengikat Pahlawan Taeguk 3-3.

Bagi pemain pertahanan Selangor FC itu, pencapaian yang dilakar Harimau Malaya itu memberi insiprasi kepada The Lions untuk tampil cemerlang di pentas antarabangsa.

Ad

Ini kerana pencapaian ini boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk membantu skuad Singapura kembali disegani.

Ad

“Saya berada di Malaysia selama beberapa tahun dan mendapat komen yang dihantar kepada saya selepas Malaysia seri dengan Korea Selatan ialah sesuatu yang (bersifat) peribadi kepada saya.

Ad

“Dan itu motivasi buat saya beraksi dengan lebih baik setiap kali anda melihat negara-negara jiran beraksi cemerlang.

“Ini kerana ini menunjukkan tahap di mana mereka berada dan kita tahu kita tidak terlalu jauh di belakang mereka,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam yang dikongsikan wartawan sukan Singapura, Ashikin Hashim di TikTok.

Singapura bakal turun menentang Korea Selatan di Stadium Nasional Singapura pada jam 8.00 malam ini. The Lions dijangka menerima sokongan padu lebih 50,000 penyokong pada malam ini.