Kempen Kejuaraan Asean B-19 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Singapura dan Brunei.
Singapura dan Brunei masing-masing turun untuk mencari kemenangan pertama selepas kedua-dua pasukan ini tewas dalam dua aksi sebelum ketika bertemu Malaysia dan juga Thailand.
Aksi di babak pertama perlawanan menyaksikan Singapura mendahului perlawanan dengan kelebihan dua jaringan. Pemain tengah Australia, Sahoo Garv membuka tirai perlawanan pada minit ke-21 permainan.
Sebelum tamat aksi di separuh masa pertama, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Singapura. Sahoo Garv bertindak tenang memastikan sepakan penalti itu menjadi gol kedua buat Singapura.
Bersambung aksi di separuh masa kedua kedua-dua pasukan meneruskan aksi untuk mencari gol tambahan.
Biarpun Singapura beberapa kali berjaya memberi ancaman ke kawasan pasukan Brunei, keputusan di babak pertama kekal hingga wisel penamat.
Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya itu menyaksikan Singapura mudah menundukkan Brunei dengan keputusan 2-0.
Biarpun mencatat kemenangan, Singapura tidak berjaya layak ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024. Dalam saingan Kumpulan C, Malaysia menduduki tangga pertama diikuti Thailand, Singapura di tempat ketiga dan Brunei di kedudukan terakhir.
Empat buat pasukan iaitu Australia, Indonesia, Malaysia dan Thailand mengesahkan kemaraan dan akan berentap di pentas separuh akhir kelak