Singapura Tambah Dua Tenaga Pakar Sebelum Lawan China
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China, Singapura mula menambahbaik barisan kejurulatihan mereka.

Selepas merekrut jurulatih Jepun, Tsutomu Ogura, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan perlantikan Kosei Nakamura sebagai penolong jurulatih.

Sementara jurulatih BG Tampines Rovers, Gavin Lee dijemput menyertai barisan kejurulatihan The Lions untuk aksi kelayakan menentang China.

Advertisements

Nakamura, 42, memiliki pengalaman sebagai pembantu jurulatih di kelab J1 League, Kashima Antlers. Malah, beliau juga tidak asing dengan suasana bola sepak di Singapura.

Ini kerana Nakamura pernah beraksi untuk Albirex Niigata Singapura pada 2005-2006 dengan menyumbat tujuh gol daripada 15 penampilan sebelum bersara pada 2006.

Sementara Lee pula memiliki reputasi sebagai antara jurulatih termuda Singapura. Semasa menyertai BG Tampines Rovers pada 2019, beliau membantu kelab itu bergelar juara Singapore Cup.

Advertisements

Lee juga turut membimbing pasukan itu ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 2021.

Bagi Ogura, perkembangan ini sesuatu yang menggembirakan buat beliau. Ini kerana kepakaran Nakamura dan Lee dapat membantunya merencana resipi mantap bila berdepan China nanti.

“Saya sangat gembira bahawa semua orang telah bersatu untuk bekerja ke arah matlamat bersama untuk meningkatkan pasukan kebangsaan kita.

Advertisements

“Saya telah berjumpa dengan semua jurulatih SPL dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka semua.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada Tampines kerana mereka telah bersetuju untuk membenarkan ketua jurulatih mereka Gavin (Lee) menyertai pasukan kebangsaan untuk menentang China,” katanya.

Kedua-duanya dijangka bergabung dengan Ogura pada 11 Mac ini. Ini kerana pada hari itu, barisan pemain Singapura berkumpul untuk menyertai kem skuad kebangsaan.

Advertisements

Singapura bakal turun menentang China di gelanggang sendiri pada 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram