Situasi India Tegang, Malaysia Tambah Tekanan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Selepas dua episod duka berdepan Malaysia, mimpi ngeri India berpotensi berulang lagi.

Harimau Malaya merekodkan prestasi cemerlang berdepan The Blue Tiger dalam dua pertemuan terakhir.

Ad

Malaysia berjaya untuk menundukkan India pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2023 dengan keputusan 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ad

Skuad kebangsaan sekali lagi mencuri mata penting FIFA apabila mengikat anak buah Manolo Marquez dalam satu aksi persahabatan Tier 1 tahun lalu di Hyderabad.

Prestasi mengagumkan Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski menyaksikan skuad negara terus berada pada landasan terbaik untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Ad

Kemenangan ke atas Nepal bagi aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan kedudukan Malaysia naik ke tangga 131 dunia.

Ad

Situasi ini membolehkan pasukan kebangsaan untuk menghampiri ranking India yang kini hanya dipisahkan dengan 4 tangga iaitu 127 dunia dengan perbezaan 18 mata sahaja.

Ad

India juga terkesan selepas hanya mampu merekodkan keputusan seri 0-0 berdepan Bangladesh tempoh hari.

Malaysia berpeluang untuk merapatkan jurang sekiranya melakar kemenangan ke atas Vietnam dibantu jika Hong Kong berjaya menundukkan India pada aksi kedua, 10 Jun 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments