Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria tempoh hari berkesudahan dengan skuad kebangsaan berjaya mengekalkan rekod dengan keputusan seri 2-2.
Dalam perlawanan pemanas badan itu, pemin sayap Johor Darul Ta’zim, Arif aiman berjaya membuka tirai dengan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-39.
Syria menyangka mereka telah meraih kemenangan menerusi dua pemain warisan mereka kerana hanya mengambil masa empat minit selepas gol pertama dijaringkan Pablo Sabbag (minit ke-70), Ibrahim Hesar berjaya mencari peluang untuk menjaringkan gol yang kedua pada minit ke-74.
Walau bagaimanapun, ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon berpuas hati dengan penampilan yang ditunjukkan oleh anak buahnya. Beliau yakin jika persembahan dan semangat yang ada diteruskan, Malaysia mampu berhadapan Jordan untuk perlawanan pertama Kumpulan E.
Berdasarkan risikan dan sumber luar di Qatar, wartawan Zulhelmi Zainal Azam menjelaskan situasi semasa pertahanan pasukan Harimau Malaya menjadi tumpuan di Qatar setelah berjaya mengikat Syria tempoh hari membabitkan pemain seperti Dion Cools, Daniel Ting, Corbin Ong, Mattew Davies dan Junior Eldstal.
Selain barisan pertahanan, barisan lain juga mempamerkan kualiti yang positif ke atas Syria dan boleh dilihat skuad kebangsaan mampu bersaingan dengan pasukan Jordan nanti.
Selepas ini, Malaysia akan memulakan tumpuan kepada aksi perlawanan pertama Kumpulan E menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari 2024.