Advertising
‘Siuu’ Faisal Halim Bergema Di Banda Aceh
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi persahabatan antara Selangor dan kelab dari Indonesia, Persiraja Banda Aceh.

Perlawanan persahabatan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia. Stadium yang berkapasiti sekitar 40000 penonton itu penuh dibanjiri penyokong yang datang menyambut kehadiran pasukan Selangor.

Ad

Faisal yang turun dalam kesebelasan utama pasukan berjaya menerjah jaring sebelum wisel babak pertama perlawanan ditiupkan. Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan pengadil kerana Faisal dikesan berada dalam kedudukan offside.

Ad

Memasuki babak kedua permainan, Faisal akhirnya meledak pada minit ke-70 permainan. Pemain berusia 25 tahun itu berjaya menerpa bola terus ke gawang sebelum sempat diselamatkan penjaga gol Persiraja, Muhammad Fahri.

Apa yang lebih menariknya, jaringan yang diraikan Faisal telah disambut dengan laungan Siuu oleh penonton-penonton yang hadir ke stadium.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Official Selangor FC (@selangorfc)

Ad

Untuk makluman, pasukan Persiraja baru sahaja menandatangani khidmat bekas pemain Selangor iaitu Andik Vermansyah. Andik menggalas tanggungjawab selaku kapten dalam aksi debutnya bersama pasukan.

Ad

Aksi persahabatan antara Selangor dan Persiraja berakhir dengan keputusan 3-0. Selangor cemerlang memastikan kemenangan selesa di tempat lawan.

Perlawanan ini merupakan aksi dalam kalender pra-musim Persiraja dan sebagai persediaan terakhir pasukan sebelum memulakan kempen liga. Persiraja Banda Aceh bakal beraksi dalam saingan Liga 2 Indonesia tidak lama lagi.