Advertising
Selangor Tewaskan Kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC

Pasukan Liga Super, Selangor FC mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh.

The Red Giants berkunjung ke Stadium Harapan Bangsa bagi satu aksi persahabatan sebelum saingan Liga 2 bermula.

Ad

Malah, aksi tersebut juga diserikan oleh bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang kini bersama pasukan Persiraja Banda Aceh.

Ad

Anak buah Tan Cheng Hoe memulakan aksi dengan cukup baik apabila menjaringkan gol pertama menerusi percubaan bintang muda pasukan, Rahman Daud.

Pemain tengah sensasi, Orozco yang baru sahaja kembali daripada penggantungan meletakkan Selangor pada kedudukan selesa dengan gol kedua.

Ad

Faisal Halim juga meledak namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Ad

Keputusan babak pertama tamat dengan 2-0.

Ad

Bersambung babak kedua, Persiraja cuba melakukan serangan sesekali bagi menerjah gawang gol pasukan Malaysia itu.

Usaha tersebut bagaimanapun terbantut dengan kekuatan jentera pertahanan pasukan lawan.

Selangor terus menambah duka tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga pasukan menerusi Faisal Halim untuk melengkapkan kemenangan berharga di Indonesia.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang menyaksikan Selangor menang dengan keputusan 3-0.