Kejohanan MSSD Pasir Gudang Bawah 12 telah pun dilangsungkan daripada 13 sehingga 21 Julai 2022 bertempat di Padang MBPG. Kejohanan melibatkan semua pasukan sekolah di Pasir Gudang ini berjaya untuk mencungkil bakat-bakat terbaik yang pada masa hadapan akan bermain Malaysia Little League yang baru sahaja diumumkan.
Sebanyak 52 pasukan bertanding dalam kejohanan ini yang dipecahkan kepada 13 pasukan. Dalam kejohanan ini SKKM berjaya mencatatkan 2 kemenangan dan mara ke peringkat pusingan ke-2 selaku Juara Kumpulan F.
Pada peringkat kalah singkir pula mereka berjaya menewaskan SK Pasir Gudang 1 (1-0) menerusi sepakan penalti setelah diikat keputusan masa penuh 1-1. Peringkat suku akhir pula mereka berjaya menewaskan SK Taman Bukit Tiram dengan keputusan 1-0 dan menanti SK Taman Puteri Wangsa di perlawanan separuh akhir.
Perlawanan separuh akhir SKKM berjaya menewaskan SK Taman Puteri Wangsa dengan keputusan 1-0 dan menunggu pemenang separuh akhir 2 di antara SKTBD A dan SKTBD B. Perlawanan melibatkan satu sekolah yang sama ini berakhir dengan SKTBD A memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti (3-1).
Perlawanan akhir SKKM berjaya menumpaskan SKTBD A dengan keputusan 3-0 sekali gus menjadi juara buat 2 kali berturut-turut apabila kali terakhir dimenangi pada 2019 sebelum Malaysia dilanda wabak Covid-19.