“Skrip Sama Berulang Kembali” – Badrul Afzan
MakanBola
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali mengakui ketumpulan serangan mengakibatkan pasukan itu terlepas tiga mata penuh.

Selepas tewas 1-0 kepada Selangor FC pada 5 April lalu, Peteh perlu bangkit jika ingin kekal berada dalam kelompok lima pasukan terbaik.

Aksi menentang PDRM FC pada 12 April lalu menyaksikan Terengganu menguasai perlawanan di Stadium Selayang.

Ad

Meskipun pasukan itu mencipta banyak peluang menjaringkan gol, ketumpulan jentera serangan menghampakan penyokong Terengganu.

Ini membuka peluang kepada Imran Samso menyumbat gol kemenangan buat The Cops pada minit ke-48. Gol tersebut memastikan PDRM meraih tiga mata penuh.

Ad
Ad

Badrul menyifatkan ketumpulan serangan Terengganu menyukarkan pasukan itu untuk meraih mata yang diinginkan.

Ad

“Skrip sama berlaku pada malam ini. Perlawanan sebelumnya dengan Selangor, kita mengawal (perlawanan) dan mencipta peluang tetapi kita gagal menjaringkan gol.

“Ini masalah kami iaitu tidak menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu kekal di tangga kelima dengan 32 mata. Perebutan tempat kelima dijangka sengit seandainya KL City FC menewaskan Penang FC dalam aksi liga ke-25.

Sekiranya perkara itu berlaku, KL City bakal mengumpul 31 mata. Justeru, kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 20 April dilihat kunci untuk memastikan Terengganu kekal dalam kelompok lima pasukan terbaik liga.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments