Skuad B-22 Tahun Negara Berdepan Vietnam & Thailand Di Sukan SEA
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad bawah 22 tahun negara berdepan ujian yang cukup getir di Sukan SEA 2023 apabila diundi bersama beberapa pasukan gergasi di Asia Tenggara.

Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan B bagi acara bola sepak lelaki di Phnom Penh, Kemboja, 29 April hingga 16 Mei 2023.

Ad

Berdasarkan kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama pasukan-pasukan seperti Vietnam, Thailand, Singapura dan Laos.

Ad

Ini juga menjadi ujian yang cukup hebat buat para pemain dan barisan kejurulatihan yang menyasarkan untuk meraih emas pada edisi kali ini.

Skuad muda negara juga kini berada pada prestasi yang cukup memberangsangkan apabila berjaya menjulang kejohanan Piala Merlion setelah menumpaskan Hong Kong.

Ad

Sebelum ini, pertahanan negara, Azam Azmi Murad berkata bahawa para pemain berada dalam momentum terbaik dan mahu meraih emas di Sukan SEA 2023.

Ad

Ini juga menjadi medan terbaik untuk menguji percaturan tatkala bertemu dengan lawan yang cukup kuat di peringkat kumpulan.