Skuad Bawah-23 Malaysia Bakal Ke Qatar Lebih Awal
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Persediaan buat skuad bawah 23 tahun negara kendalian Juan Torres Garrido sudah dibuat dengan skuad tersebut dijangka berlepas ke Qatar lebih awal iaitu pada Januari depan bagi membuat persediaan ke Piala Asia B-23 yang dijadualkan pada April tahun hadapan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ad

“Skuad Malaysia B-23 layak ke Piala Asia dengan penuh keajaiban. Pertandingan akan bermula pada April tahun hadapan.

Ad

“Jadi ketua jurulatih (Juan Torres) ada meminta kita untuk beraksi di luar negara bagi persediaan pasukan. Kita sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perlawanan di Qatar pada Januari tahun hadapan,” jelas Hamidin kepada media.

Difahamkan skuad bawah 23 tahun negara itu bakal menentang akademi bola sepak di Qatar sebagai persediaan sebelum ke pentas utama Piala Asia B-23 yang juga bakal dilangsungkan di Qatar.

Ad
https://twitter.com/Nikfalovic/status/1723981544531075149

Persediaan ini sudah pasti akan membantu barisan pemain muda negara mencari keserasian sesama mereka selain menerapkan taktikal yang bakal diterapkan jurulatih baharu skuad negara.

Ad