Sebagai persiapan mengharungi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim hadapan, skuad futsal Selangor FC bakal bertolak ke Vietnam hari ini.
Pasukan yang dibimbing jurulatih Brazil, Edgar Baldasso itu bakal menyertai kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023.
Kejohanan yang bakal berlangsung dari 23 hingga 29 Disember ini menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari rantau Asia Tenggara.
Tuan rumah, Vietnam diwakili oleh lima pasukan iaitu Sahako FC, Cao Bang, Thai Son BAC, Thai Son Nam dan Sanvinest Khanh Hoa.
Skuad Merah Kuning membawa cabaran Malaysia ke kejohanan itu. Manakala Thailand pula diwakili oleh Thammasat Stallion dan Black Pearl United.
Kejohanan ini bakal membantu Baldasso membentuk barisan pemain Selangor yang mantap sebelum saingan MPFL musim 2024 bermula.
Musim 2023 menyaksikan Selangor atau nama sebelumnya, Selangor MAC menamatkan kempen MPFL di tempat ketiga.