Skuad Futsal Vietnam Cipta Sensasi, Ikat Pasukan Ke-8 Dunia
UltraSukan
Vietnam FF
Advertisements

Skuad futsal Vietnam mencipta sensasi dengan mengikat Maghribi 3-3 dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa 2024 yang berlangsung semalam.

Ini satu kejayaan yang hebat memandangkan Maghribi merupakan pasukan kelapan dunia ketika ini.

Selepas mengikat New Zealand 2-2 beberapa hari yang lalu, Vietnam mengulangi pendekatan serupa bila berdepan pasukan Afrika Utara itu.

Advertisements

Tu Minh Quang meletakkan Vietnam di hadapan seawal 22 saat. Mottaki Sbae kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ketiga.

Keceriaan kem Maghribi tidak bertahan lama apabila kapten Vietnam, Duc Hoa menyempurnakan penalti seminit selepas itu.

Boutraba memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga rehat menerusi gol pada minit ke-19.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, anak buah Diego Raul Giustozzi itu mendahului buat kali ketiga menerusi Van Tien pada minit ke-29.

Mouad Sena memastikan keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan menerusi gol penyamaan pada minit ke-37.

Keputusan ini menyaksikan Maghribi menerajui kumpulan Kejohanan Futsal Antarabangsa 2024 dengan empat mata.

Advertisements

Iran di tempat kedua dengan tiga mata selepas membelasah New Zealand 5-1 pada hari yang sama. Manakala Vietnam dan New Zealand masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan dua dan satu mata.

Hari ini, Vietnam bakal berdepan pasukan gergasi Asia, Iran. Manakala Maghribi pula berdepan New Zealand untuk aksi terakhir kumpulan.

Dua pasukan terbaik kumpulan bakal berentap di final dengan pasukan ketiga dan keempat bersaing untuk penentuan tempat ketiga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram