Skuad muda Australia mencatat kemenangan bergaya menewaskan Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan B kempen Piala AFF B-19 2024.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Surabaya menyaksikan Australia berjaya meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Vietnam 6-2.
Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan penyerang sensasi Australia, Jake Najdovski. Biarpun penguasaan permainan sebanyak 52% didominasi oleh skuad muda Vietnam namun Australia memanfaatkan setiap peluang dengan jaringan.
Bersambung aksi di babak kedua, Australia terus melebarkan kedudukan untuk gol ketiga sebelum Vietnam pada minit ke-56 permainan mencatat jaringan sulung.
Bagaimanapun keceriaan Vietnam tak bertahan lama apabila Australia meledak jaringan keempat 10 minit selepas jaringan Vietnam terhasil. Australia juga sempat menjaringkan gol kelima sebelum Vietnam mendapat jaringan kedua pada minit ke-85 permainan.
Sebelum aksi tamat, Australia menjaringkan gol keenam sekaligus menutup aksi di Stadium Gelora dengan keputusan penuh, Australia 6-2 Vietnam.
Kemenangan Australia ini merupakan kemenangan kedua selepas menundukkan Myanmar dalam saingan Kumpulan B sekaligus menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF B-19.