Skuad muda B-16 Indonesia mencatat kemenangan bergaya dalam aksi ASEAN U16 Boys Championship yang berlangsung di Stadium Manahan, Filipina.
Babak separuh masa pertama tamat dengan tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua pasukan. Biarpun permainan banyak didominasi oleh pasukan Indonesia, skuad muda Garuda masih gagal mencetak sebarang jaringan di separuh masa pertama.
Bersambung aksi di babak kedua, usaha Indonesia mula tampak hasil apabila jaringan pembukaan berjaya dihasilkan pada minit ke-65 permainan. Mantra Evandra mencatat nama sebagai penjaring untuk gol pertama Indonesia.
Beberapa minit selepas itu pemain gantian Indonesia, Mierza Firjatullah pula menambah duka pasukan tuan rumah. Beliau mudah menyumbat masuk bola ke gawang lawan sekaligus menewaskan penjaga gol Filipina.
Sebelum aksi tamat, Mierza Firjatullah sekali lagi mewarnai malam gemilang Indonesia di waktu tambahan untuk jaringan ketiga sekaligus menjadi gol kemenangan buat Skuad Garuda. Skuad B-16 Filipina tewas kepada skuad B-16 Indonesia dengan keputusan 3-0.