Skuad Muda Indonesia Belasah Filipina Tanpa Belas Kasihan
MakanBola
theaseanball
Sponsors

Skuad B-19 Indonesia mula dengan langkah kanan dalam kempen Kejuaraan AFF B-19 2024 yang berlangsung di bumi Surabaya, Indonesia.

Turun dalam aksi pertama peringkat Kumpulan A, skuad kendalian Indra Sjafri mudah menundukkan skuad muda Filipina dengan keputusan 6-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo.

Ad

Aksi di separuh masa pertama menyaksikan Indonesia membuka akaun jaringan seawal minit ke-12 permainan menerusi Arlyansyah sebelum Iqbal Gwijangge mencetak jaringan kedua buat Indonesia menerusi tandukan cantik selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada Mufli Hidayat.

View this post on Instagram

A post shared by Timnas Indonesia (@timnas.indonesia)

Ad

Tak terhenti setakat itu, pertahanan Indonesia, Kadek Arel menambah duka Filipina pada minit ke-28 permainan juga menerusi tandukan sebelum Iqbal Gwijangge sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring sekaligus menutup aksi di babak pertama dengan keputusan Indonesia 4-0 Filipina.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Timnas Indonesia (@timnas.indonesia)

Ad

Bersambung aksi di babak kedua, Filipina dibawah kendalian Josep Ferre tampak lebih berhati-hati dan berdisiplin ketika bertahan. Biarpun sudah jauh ketinggalan, Filipina beberapa kali mencuba mengatur serangan untuk membolosi gawang pasukan lawan.

Penjaring gol pertama perlawanan, Arlyansyah akhirnya menutup hasrat Filipina untuk meledak selepas penyerang sensasi itu sekali lagi meledak untuk gol kelima Indonesia.

View this post on Instagram

A post shared by Timnas Indonesia (@timnas.indonesia)

Sebelum perlawanan tamat, pemain kacukan Belanda/Indonesia, Jens Raven menjaringkan gol keenam buat Indonesia sekaligus menutup aksi di Gelora Bung Tomo dengan keputusan Indonesia 6-0 Filipina. Jaringan Raven itu merupakan jaringan pertama buat beliau selepas bergelar Warga Negara Indonesia (WNI) pada Jun lalu.

Aksi seterusnya menyaksikan Indonesia bakal berdepan Kemboja sementara Filipina akan menentang Timos Leste dalam aksi Kumpulan A, kempen Piala AFF B-19 pada Sabtu, 20 Julai 2024.