Skuad Muda Indonesia Selesa Belasah Laos
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Skuad muda B-16 Indonesia mencatat kemenangan bergaya selepas belasah Laos dalam aksi ASEAN U16 Boys Championship yang berlangsung di Stadium Manahan, Indonesia.

Indonesia berjaya menewaskan Laos dengan keputusan 6-1, sekaligus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. 

Ad
Sponsors

Laos terlebih dahulu mendahului dengan jaringan selepas dihadiahkan sepakan sudut penalti, Phayak mencatat nama sebagai penjaring. 

Ad

Sementara Indonesia terus kembali didepan dengan empat jaringan daripada Gholy, Sayyavath, Josh Holong dan Putu Panji. 

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Indonesia 4-1 Laos.

Ad

Pada minit ke-60 permainan, Josh Holong sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring ke-5 pasukan Indonesia sekaligus menjarakkan lagi jumlah gol. 

Ad

Kemudian, pemain gantian Indonesia, Mierza memberi impak segera apabila menggandakan jaringan ke-6 pasukan menutup harapan psukan lawan untuk kembali bangkit. 

Ad

Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Indonesia 6-1 Laos.

Indonesia berjaya menjadi juara kumpulan A selepas mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 3 perlawanan berturut-turut.