Skuad B-16 Australia layak ke pentas final dalam kempen ASEAN U16 Boys Championship selepas berjaya menewaskan Indonesia.
Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-2. Indonesia berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Zahabi Gholy selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan.
Pada minit ke-24 permainan, Australia kembali menyamakan kedudukan sebelum terus mendahului Indonesia menerusi jaringan MacNicol selepas tempiasan penjaga gol Indonesia dimanfaatkan MacNicol dengan rembatan deras.
Sebelum babak pertama tamat, sepakan kencang dari luar kotak penalti Zahabi Gholy memastikan Indonesia masuk ke bilik persalinan dengan keputusan 2-2.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, Australia dibawah kendalian Brad Maloney melebarkan kedudukan. Tiga jaringan Australia memastikan slot ke final menjadi milik Australia.
Indonesia gagal mara ke final selepas tunduk kepada Australia dengan keputusan 5-2. Australia bakal berdepan Thailand di pentas final ASEAN U16 Boys Championship pada Rabu, 3 Julai 2024.