Skuad Muda JDT Diikat AMD
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan A Piala Presiden 2024 walaupun diikat 1-1 dengan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17).

Selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Sabah FC, JDT III ingin meneruskan momentum kemenangan ke atas AMD B-17.

Ad

Meskipun baru beraksi dua perlawanan kumpulan, AMD B-17 masih kebal dengan merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Ad

Babak pertama menyaksikan JDT III berusaha mendominasi perlawanan menerusi Abdul Raziq Rahman, Naim Zainudin dan Arafi Wafiy Mohamad Zakimi.

Keadaan ini memaksa barisan pertahanan AMD B-17 diketuai kapten, Irfan Aswad Roslan bekerja keras menyerap asakan pelawat.

Ad

Anak buah Mohamad Kuizwan Johari turut melancarkan serangan menerusi Danial Hozeiry Mohd Amin, Hakim Hassan dan Afiq Izzudin Hasan.

Ad

Malangnya, serangan yang direncana AMD tidak membuahkan hasil. Kedua-dua pasukan terus bersaing sengit tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan berusaha untuk memecah kebuntuan tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Ini mendorong Kuizwan dan jurulatih JDT III, Gonzalo Sanz Zaballos membuat beberapa pertukaran pemain untuk mendapatkan gol kemenangan.

Percaturan Zaballos membuahkan hasil apabila Raziq menyumbat gol pertama perlawanan pada minit ke-79.

Tatkala skuad muda Harimau Selatan menyangka dapat pulang ke Johor dengan tiga mata, Airel Husainy Yusof memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi gol pada minit ke-94.

Keputusan ini menyaksikan JDT III dan AMD B-17 masing-masing mengumpul 10 dan lima mata dalam Kumpulan A.