Skuad Muda JDT Kalahkan 3 Wakil Indonesia Serentak
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad muda JDT terus mencipta pencapaian membanggakan apabila merekodkan tiga kemenangan berdepan wakil Indonesia.

JDT telah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa dan kali ini bertanding dalam Bali 7s Tournament 2024.

Ad
Sponsors

Kejohanan yang berlangsung di Bali, Indonesia ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 pasukan yang datang sekitar Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan lain-lain.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Bali 7s (@bali7s.official)

Keputusan bagi aksi Bali 7s Pro menyaksikan JDT IV mengekalkan rekod cemerlang dalam tiga perlawanan yang diharungi ketika ini.

Ad

JDT IV telah menewaskan Bali United Tirdatu dengan keputusan 2-0 sementara membelasah dua lagi wakil Indonesia iaitu Kaki Bali FC (7-0) dan juga Fast Putra Mengwi (4-0).

Ad

JDT IV diundi bersama 4 pasukan dengan cabaran Mandala United Denpasar menanti mereka selepas ini.

Ad

Rekod Mandala United kelihatan amat memberangsangkan selepas menewaskan Kaki Bali dengan keputusan 3-0 dan Fast Putra Mengwi (3-7).