Program akar umbi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus menunjukkan kemajuan yang signifikan. Terbaru, skuad B-16 dan B-14 JDT FC berjaya meraih kemenangan ke atas Akademi 2 Halfs Football Development dari Australia.
Untuk aksi pasukan B-14, ubi muda Harimau Selatan menunjukkan penyudah mereka setajam skuad senior dengan membelasah lawan mereka itu dengan keputusan 6-0.
Pasukan B-16 meneruskan kecemerlangan skuad B-14 dengan membenam cabaran skuad B-16 2 Halfs Football Development 3-1.
Kejayaan berganda skuad muda JDT FC ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Ini kerana ini menunjukkan lebih ramai bakat baru bakal lahir dari akademi Harimau Selatan.
Dan tidak mustahil dalam beberapa tahun seterusnya, akan ada yang bakal mengikut jejak langkah Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin beraksi dalam pasukan utama.