Skuad Muda JDT Tewas Aksi Final Kepada Bali United
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan perjuangan hebat sebelum tunduk di tangan Bali United B-18 Serdadu di Indonesia.

JDT IV memulakan persembahan hebat di Indonesia dalam aksi Bali 7s Tournament 2024 berdepan beberapa wakil terkemuka di Asia Tenggara.

JDT mencatatkan 4 kemenangan besar pada peringkat kumpulan menentang Bali United Tridatu (2-0), Kaki Bali (7-0), Fast Putra Mengkwi (4-0) dan juga Mandala United Denpasar (7-0).

Aksi suku akhir menyaksikan JDT IV bertembung dengan Coolangatta dari Indonesia dan berjaya merakam kemenangan besar 5-0 untuk ke separuh akhir.

Wakil Indonesia, AMP Spensa memberikan cabaran hebat kepada pasukan dari Malaysia ini sebelum tunduk 2-1.

Penentuan akhir final bagaimanapun tidak memihak kepada JDT sungguhpun telah berjuang sehabis baik.

Bali United berhasil memenangi aksi tersebut dengan keputusan 1-0 untuk menjulang kejuaraan di laman sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Bali 7s (@bali7s.official)

JDT telah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa dan kali ini bertanding dalam Bali 7s Tournament 2024.

Kejohanan yang berlangsung di Bali, Indonesia ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 pasukan yang datang sekitar Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan lain-lain.