Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Chonburi
Asia Tenggara
Chonburi Football Club
Advertisements

Pasukan dari Liga Thai 1, Chonburi berangkat ke bumi Johor untuk mengharungi dua perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu hadapan.

Ketika ini, saingan Liga Thai 1 sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026. Seramai 23 pemain telah disenaraikan pengendali pasukan, Witthaya Lahakul bagi aksi pemanas basan berdepan Johor Darul Ta’zim.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang itu menyaksikan kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan perlawanan yang sengit. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Chonburi FC, Chonburi menjelaskan bahawa aksi ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Advertisements

Jika ditinjau menerusi video yang dimuat naik laman Youtube Chonburi FC, skuad muda JDT tewas tipis kepada Chonburi. Aksi di babak pertama menyaksikan Chonburi mendahuluo 1-0 dihadapan selepas kesilapan pertahanan JDT yang tertempias masuk bola ke gawang sendiri.

Bersambung aksi di babak kedua, giliran skuad muda JDT mencetak jaringan selepas pengadil perlawanan memberikan penalti buat pasukan tuan rumah. Penyerang muda, Gabriel Nistelrooy tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk jaringan pertama JDT.

Bagaimanapun, keputusan akhir menyaksikan Chonburi berjaya menewaskan JDT II dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Para peminat pasukan JDT dan Chonburi boleh melihat klip-klip rangkuman aksi perlawanan tertutup tersebut di laman Youtube Chonburi FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram