Perlawanan saingan Piala AFF bawah 19 tahun malam ini menyaksikan pertembungan diantara Vietnam menentang Myanmar yang berkesudahan dengan keputusan seri.
Skuad kendalian Hua Hien Vinh mahu memburu kemenangan pertama untuk layak ke peringkat seterusnya sementara Myanmar pastinya mahu melakukan kejutan sebagai pasukan ‘underdog’ dalam kumpulan B.
Kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, namun masing-masing gagal menjaringkan sebarang gol.
Vietnam dilihat lebih menguasai perlawanan dengan 53 peratus sementara Myanmar 47 peratus.
Aksi separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan, Vietnam 0-0 Myanmar.
Pada minit ke-62 permainan, Myanmar berjaya mendahului selepas membuka jaringan pertama pasukan.
Kegembiraan pasukan Myanmar tidak bertahan lama apabila selang dua minit permainan, Vietnam kembali menyamakan kedudukan.
Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Myanmar berjaya mencuri 1 mata beharga daripada Vietnam.