Advertisement
Skuad Muda Persib Bandung Bakal Bertemu Borussia Dortmund
Asia Tenggara
MakanBola
Persib Bandung

Skuad remaja Persib Bandung bakal berentap dengan beberapa kelab terkemuka dunia kelab Bundesliga, Borussia Dortmund untuk satu kejohanan remaja antarabangsa.

Ini selepas ASEAN Football mendedahkan Kejohanan Bola Sepak B-15 Antarabangsa Fujian 2023 bakal diadakan di Fujian, China.

Selain Persib Bandung, rantau Asia Tenggara bakal diwakili kelab Vietnam iaitu Hanoi. Sementara China bakal diwakili Zhejiang, China Football Boys dan Guangzhou Yinghua Sili.

Australia bakal diwakili kelab Brisbane United. Selain Dortmund, Eropah diwakili dua kelab yang tidak kurang hebatnya iaitu Feyenoord dan Red Star Belgrade.

Manakala kelab gergasi Argentina, River Plate pula melengkapkan senarai pasukan yang bertanding. Kejohanan ini bakal berlangsung pada Oktober ini.

Kemajuan ubi muda Persib bukan saja membawa kepada kemunculan pemain baru mewakili kelab berkenaan.

Malah, ini secara tidak langsung meningkatkan jumlah pemain berbakat yang dapat mewakili Indonesia pada masa hadapan.