Skuad Muda Selangor Titik Sri Pahang
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Skuad muda Selangor FC menebus kehampaan yang dialami skuad senior beberapa hari lepas dengan menundukkan Sri Pahang FC 2-1 dalam Piala MFL di Stadium UITM, Shah Alam hari ini.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan untuk menembusi gawang pihak lawan.

Ad

Perlawanan mula meriah pada babak kedua dengan Selangor FC mendahului menerusi Syahir Bashah pada minit ke-49.

Ad

Skuad muda Tok Gajah terus ketinggalan apabila ubi muda Red Giants yang dibimbing Abdifitaah Mohamed Hassan menambah gol menerusi Danial Asri pada minit ke-60.

Begitupun, Sri Pahang FC yang dibimbing Sahrulnizam Sahat kembali merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Ibrahim Manusi tiga minit selepas itu.

Ad

Cubaan Tok Gajah mendapatkan gol penyamaan tidak berhasil dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Kemenangan ini meletakkan ubi muda Merah Kuning selesa mendahului Kumpulan B Piala MFL 2023 dengan 19 mata. Sementara Sri Pahang FC pula kekal di tangga kedua kumpulan dengan 15 mata.