Skuad Muda Sri Pahang Bangkit Tewaskan Sabah Di Likas
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Perlawanan saingan Piala MFL malam ini menyaksikan skuad muda Sri Pahang bangkit menewaskan Sabah di Stadium Likas berakhir dengan keputusan 2-1.

Sabah terus mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman sebagai ketua pasukan. 

Ad

Anak buah Johnny Dominiscus memberi kejutan seawal minit ke-6 permainan apabila mendahului menerusi jaringan daripada pemain tengah, Fakrul Iman Naszari. 

Ad

Pada minit ke-35 permainan, skuad muda Sri Pahang berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Ibrahim Sanusi.

Separuh masa pertama kekal seri, Sabah FC II 1-1 Sri Pahang FC.

Ad

Skuad muda Sri Pahang kembali bangkit dalam separuh masa kedua apabila pada minit ke-75 permainan, penyerang muda Lokman Bah Din menjaringkan gol kedua pasukan.

Ad

Sri Pahang perolehi kemenangan pertama sementara Sabah tewas dalam empat perlawanan berturut-turut.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Official Sabah FC (@officialsabahfc)

Selepas ini, skuad muda Sri Pahang akan bertemu Perak FC II di Stadium Ipoh pada 9 Julai ini sementara Sabah akan bertemu Selangor FC pada 17 Julai kelak.