Syria meraih kemenangan 2-0 ke atas Indonesia dalam aksi pertama Mandiri U-20 Challenge Series 2025 di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo.
Selepas tewas 1-0 kepada Jordan pada 24 Januari lalu, anak buah Indra Sjafri berharap dapat bangkit dalam aksi kedua kejohanan.
Malangnya, kebangkitan yang dicari Garuda Muda tidak kunjung tiba. Sebaliknya, Indonesia ketinggalan pada separuh masa pertama menerusi tandukan Majd Manaf Ramadan.
Indonesia cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan harapan dapat meraih gol penyamaan. Harapan tersebut musnah apabila sepakan percuma Anas Hussam menembusi gawang tuan rumah.
Keputusan ini menyaksikan Syria mendahului carta Mandiri U-20 Challenge Series 2025 dengan enam mata. Meskipun berkongsi mata sama dengan Jordan, Syria memiliki kelebihan dari segi jaringan.
Mandiri U-20 Challenge Series 2025 merupakan sebahagian daripada persiapan Garuda Muda untuk menghadapi Piala Asia B-20 2025.
Indonesia berada dalam Kumpulan C bersama dua pasukan Timur Tengah, Iran dan Yaman. Uzbekistan melengkapkan pasukan yang berada dalam kumpulan sama.
Garuda Muda bakal menutup kempen Mandiri U-20 Challenge Series 2025 dengan berdepan India pada 30 Januari.