Skuad Muda Thailand Belasah Kuwait
Asia Tenggara
MakanBola
FA Thailand
Advertisements

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) tampil cemerlang dengan membelasah Kuwait 4-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan di Thailand baru-baru ini.

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad muda Gajah Perang ke Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung di Qatar pada April ini.

Advertisements

Thailand yang dibimbing Issara Sritaro mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-32 menerusi penyerang Chonburi, Yotsakorn Burapha.

Kuwait makin tertekan apabila tuan rumah menyumbat dua gol dalam tempoh minit. Dua gol ini masing-masing disumbang oleh Guntapon Keereeleang (minit ke-41) dan Anan Yodsangwal (minit ke-43).

Advertisements

Dua gol ini memastikan ubi muda Gajah Perang mendahului pasukan Asia Barat itu dengan kelebihan tiga gol sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Kuwait yang dibimbing jurulatih Portugal, Emilio Peixe bangkit merapatkan jurang dengan dua gol.

Advertisements

Ebrahim Kameel memastikan kedudukan 3-1 selepas pasukan pelawat dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-50.

Anak buah Issara semakin gelisah apabila Kameel meledakkan gol kedua peribadinya pada minit ke-67. Ini menjadikan keputusan perlawanan pada ketika itu 3-2.

Advertisements

Bagaimanapun, Thanadol Kaosaart melengkapkan kemenangan Thailand dengan gol keempat pada minit ke-79. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad muda Gajah Perang bakal mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 dalam Kumpulan C bersama Arab Saudi, Iraq dan Tajikistan.

Advertisements