Aksi pembukaan kumpulan C ASEAN U-16 Boys Championship 2024 menyaksikan Australia diikat oleh Thailand pada petang Ahad.
Australia yang dibimbing oleh bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Brad Maloney menurunkan barisan terkuat diketuai oleh Jayden Nicovski bagi memburu tiga mata pertama ke atas Thailand yang merupakan naib juara edisi 2019.
Aksi di awal babak pertama bermula sedikit perlahanan dengan kedua-dua pasukan seakan mencari rentak permainan menerusi hantaran-hantaran pendek di kawasan tengah padang.
Menuju ke pertengahan aksi, Australia mengsia-siakan beberapa peluang terhidang, begitu juga Thailand yang hadir menerusi tandukan Chaiwat namun diselamatkan penjaga gawang The Joeys, Jai Ajanovic.
Separuh masa pertama tamat, Thailand 0-0 Australia.
Kembali dari rehat, Australia miliki peluang terbaik bagi memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti pada minit ke-59 namun tendangan Jordan Graoroski diselamatkan penjaga gol Thailand.
Serang balas pantas yang dilakukan oleh Thailand juga beberapa kali memerangkap pertahanan Australia tetapi masih gagal menembusi gawang anak-anak didik Brad Maloney sehingga permainan menuju ke minit akhir.
Malang buat skuad Gajah Perang apabila kapten pasukan, Danuphon Buppha dilayangkan kad merah oleh pengadil ketika masa tambahan sekaligus memaksa Thailand bermain dengan 10 orang pemain.
Aksi di Stadium Sriwedari berakhir tanpa jaringan dan kedu-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Australia bakal turun menentang skuad bawah 16 tahun negara kendalian Javier Ribera pada Rabu sementara Thailand akan berdepan Timor Leste pada hari yang sama.