Advertisements
Skuad Muda Thailand Kalahkan Indonesia
Asia
MakanBola
Bola.com

Skuad Thailand Bawah 20 Tahun (B-20) tampil cemerlang menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi persahabatan yang diadakan di Indonesia semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Selatan itu bermula dengan garang apabila Garuda Muda terus memberi tekanan kepada Thailand.

Penyerang Indonesia, Arkhan Kaka memperoleh dua peluang keemasan selepas berjaya melepaskan diri daripada barisan pertahanan Thailand. Bagaimanapun, penjaga gol Thailand, Kittipong Bunmark sentiasa peka dengan sepakan Arkhan.

Tekanan yang dilakukan Garuda muda akhirnya menghasilkan jaringan gol pertama pada minit ke-12 apabila Toni Firminsyah menyempurnakam sepakan deras menerusi hantaran pendek daripada Dony Tri di sebelah kiri.

Aksi separuh masa pertama kekal dengan keputusan Indonesia mendahului 1-0 Thailand.

Tersentak dengan gol pertama Indonesia pada separuh masa pertama, pasukan Thailand tidak berdiam diri dan tampil lebih agresif pada babak kedua aksi perlawanan dengan beberapa serangan balas yang merbahaya.

Pemain tengah Thailand, Paripan Wongsa akhirnya berjaya mencipta gol penyamaan pasa minit ke-63 menerusi sepakan deras luar kotak penalti sekaligus menewaskan penjaga gol Garuda, Andrika Fathir Rachman.

Tidak berakhir disitu, momentum Gajah Perang untuk mencari gol kemenangan berjaya apabila pada minit akhir masa kecederaan, pertahanan Thailand, Pikanet Laohawiwart membuat sepakan deras di dalam kotak penalti hasil daripada hantaran sudut.

Thailand akhiri tirai perlawanan dengan kemenangan bergaya 2-1 ke atas Indonesia.