Skuad Muda Vietnam Lakar Kejutan Kedua Di Pentas Asia
MakanBola
Vietnam FF
Sponsors

Satu lagi keputusan positif berjaya dilakar oleh skuad muda Vietnam di pentas tertinggi Asia pada Isnin.

Saingan Piala Asia B-17 sudah memasuki aksi kedua dengan 3 wakil Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam masing-masing alami nasib yang berbeza pada perlawanan pembukaan.

Ad

Indonesia membuka kempen dengan langkah kanan apabila mengejutkan Korea Selatan dengan kemenangan 1-0 tatkala Thailand pula terpaksa akur tewas 1-4 di tangan Uzbekistan.

Ad

Vietnam pula bangkit melakar satu keputusan hebat dengan berjaya mengikat jaguh Asia, Australia 1-1 pada Jumaat lalu hasil gol penyamaan Duy Khang Hoang Trong di awal babak kedua.

Momentum pasukan Vietnam diteruskan lagi apabila berhasil mencuri satu mata apabila turun berdepan satu lagi gergasi bola sepak Asia, Jepun dalam aksi kedua kumpulan B pada Isnin.

Ad

Pada pertemuan yang berlangsung di Taif itu, Jepun tepati ramalan dengan status mereka selaku juara bertahan Piala Asia B-17 apabila cemerlang menembusi gawang Vietnam seawal minit ke-13.

Ad

Penyerang muda Jepun, Minato Yoshida menanduk masuk sepakan penjuru Makoto Himeno untuk meletakkan skuad Samurai Biru di hadapan sehingga perlawanan menuju minit akhir.

Ad

Keputusan 1-0 itu kekal di sepanjang 90 minit aksi sebelum pengadil perlawanan, Morteza Mansourian menghadiahkan tendangan penalti untuk pasukan Vietnam ketika memasuki masa tambahan.

Peluang terhidang tersebut disempurnakan dengan cukup baik oleh penyerang gantian, Gia Bao Tran untuk Vietnam kembali mengikat kedudukan 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Dengan keputusan seri ini, kedudukan Vietnam masih tidak berganjak di tangga ke-3 kumpulan B setelah meraih dua mata dan masih berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Asia B-17.

Untuk maklumam, negara yang layak ke suku akhir Piala Asia B-17 ini bakal meraih slot automatik ke Piala Dunia B-17 yang akan diadakan di Qatar pada November ini dengan Indonesia menjadi pasukan terbaru yang mara.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments