“Skuad Senior Atau B-23, FAM Belum Putuskan” – Noor Azman
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan badan induk itu belum memutuskan pasukan mana yang akan dihantar ke ASEAN Championship 2024.

Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dihantar beraksi dalam kejohanan berprestij dwitahunan itu.

Ad

Ini kerana ini bukan saja peluang buat anak buah Juan Torres Garrido menimba pengalaman berharga di pentas ASEAN Championship. Malah, ini akan membantu memperkuat Harimau Malaya dari segi pilihan pemain untuk jangka masa panjang.

Ad

Meskipun begitu, FAM belum memutuskan sama ada menghantar skuad senior atau skuad B-23 kebangsaan ke ASEAN Championship 2024.

Ini kerana menurut Noor Azman, keputusan berkenaan bakal diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Ad

“Untuk saingan AFF, (skuad senior atau B-23) itu kita (FAM) masih belum putuskan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang akan memutuskan.

Ad

“Jadi, kita tunggulah keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden (Tan Sri Hamidin Mohd Amin).

Ad

“Itu yang kita tunggu daripada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, biar jawatankuasa yang tentukan. Kita belum ada kata putus lagi,” katanya kepada Nadi Arena.

Saingan ASEAN Championship 2024 menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura dan Kemboja. Sementara Brunei dan Timor Leste bakal berentap untuk slot kelima kumpulan.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu ialah bergelar juara untuk edisi 2010. Edisi 2022 menyaksikan Harimau Malaya berjaya mara ke separuh akhir di bawah bimbingan jurulatih ketika itu, Kim Pan-gon.