SNBJ Siap Sedia Sambut Kehadiran Manchester United
MakanBola
Wan/MakanBola
Sponsors

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah bersedia menjadi tuan rumah aksi persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars.

Keyakinan itu dizahirkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil menjelang aksi pada 28 Mei itu.

Ad

Beliau yakin padang SNBJ akan berada pada tahap terbaik disebabkan pelbagai langkah yang dilaksanakan PSM.

Ad

Ini termasuk pengenalan standard operasi bersepadu (SOP) baharu seperti penutupan permukaan padang tidak melebihi tempoh 48 jam.

“Pendekatan baru ada, contohnya SOP kami sangat ketat jika anjur konsert. Di mana padang hanya
boleh tutup selama 48 jam, ada berat maksimum, kami tidak benarkan padang ini untuk dipindahkan.

Ad

“Kami sedang melabur pada mesin penjagaan padang yang terbaik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

Iliyas turut memaklumkan pelantikan kontraktor baharu turut membantu PSM memastikan padang SNBJ berada dalam keadaan terbaik.

Ad

“Sejak September tahun lepas kami telah ada kontraktor baru untuk membantu dan menasihati kami dalam menjaga kualiti padang dengan lebih baik,” ujarnya.

“Berdasarkan pengalaman lebih setahun, kami telah temui cara yang tepat untuk uruskan padang dan rumput dengan lebih baik. Kita ada sebulan untuk bersedia sebelum aksi Manchester United lawan ASEAN All-Stars.

“Dalam tempoh sebulan ini akan ada konsert, dijangkakan 50,000 peminat akan hadir. Selepas itu kami ada 18 hari untuk menyediakan padang dalam keadaan yang optimum.”

Selain aksi persahabatan Manchester United, SNBJ juga bakal menjadi gelanggang aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Vietnam. Aksi kedua Kumpulan F itu bakal berlangsung pada 10 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments