Socios.com Rasmi Penaja Utama JDT Musim 2023
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Platform penglibatan dan ganjaran penyokong  terbesar dunia, Socios.com secara rasminya terpapar di hadapan baju Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus menggantikan penaja sebelumnya iaitu UNICEF.

JDT sudah pun mengumumkan kerjasama ini pada tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan menjadi kelab Malaysia pertama menjalinkan kerjasama dengan platform tersebut.

Ad

Perkara ini disuarakan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang berbesar hati dengan kerjasama ini.

Ad

“Kami teruja dan bangga untuk melancarkan kerjasama istimewa ini bersama Socios.com yang mempunyai matlamat utama untuk membawa penyokong lebih dekat dengan kelab dan membenarkan mereka untuk menentukan masa depan kelab.”

“JDT sentiasa gembira untuk bekerjasama dengan jenama tersohor dunia dan Socios.com adalah salah satu darinya kerana mereka adalah pendahulu dalam ‘blockchain’ untuk industri sukan.”

Ad

“Di JDT, kami sentiasa komited untuk mencari inovatif baharu untuk penyokong da meluaskan lagi perhubungan dengan kami sekaligus bekerjasama dengan Socios.com untuk membangunkan peluang yang terkini untuk penyokong kami mengambil bahagian dan berinteraksi dengan kelab kesayangan mereka,” kata TMJ dalam sidang media itu.

Ad

Kerjasama dengan syarikat global ini juga membuka peluang kepada para penyokong Harimau Selatan kini mampu untuk terlibat dan menerima ganjaran baharu untuk penyokong setia mereka menerusi $JDT Fan Tokens di Socios.com.

Ad

Seperti yang sedia maklum, Fan Tokens merupakan aset digital yang membolehkan penyokong mengakses komuniti di mana pertandingan, undian kelab, membuat jangkaan, dan pelbagai kelebihan lain.

Bukan itu sahaja, ini juga bakal memberi akses kepada ganjaran luamyan antaranya ialah barangan cenderahati kelab, tiket-tiket VIP dan pengalaman kelab yang unik.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Berdasarkan rekod, terdapat lebih daripada 170 organisasi terkemuka sukan termasuk kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin telah bekerjasama dengan Socios.com termasuklah gergasi bola sepak seperti FC Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester City, Juventus dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)