Sokongan Padu Peminat Harimau Malaya Jadi Topik Bualan Di Sepanyol
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Cerita mengenai sokongan jitu oleh penyokong Harimau Malaya menjadi salah satu topik bualan di Sepanyol.

Baru-baru ini, skuad Harimau Malaya cemerlang melakar kejayaan sulung dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menumpaskan Nepal dengan keputusan 2-0.

Ad

Permulaan positif ini sudah pasti sukar untuk dicapai tanpa sokongan oleh peminat setia Harimau Malaya yang datang memberikan dorongan penuh ketika pasukan kebangsaan beraksi.

Ad

Malah, aura sokongan dari penyokong tersebut dikongsikan sendiri oleh pemain warisan negara, Gabriel Palmero ketika ditemu bual oleh pihak kelab beliau, CD Tenerife minggu lalu.

Menurut Palmero, budaya bola sepak di Malaysia yang sudah dipupuk sejak dahulu lagi telah melahirkan satu aura berbeza yang dapat dirasai melalui sokongan kepada para pemain.

Ad

”Penyokong (Harimau Malaya) cukup berbeza kerana mereka cukup fanatik dan mereka hidup dengannya.”

Ad

“Bola sepak di Malaysia sudah pun berakar umbi di sana sejak sekian lama dan sentiasa memberi sokongan,” ujar Palmero kepada CD Tenerife.

Ad

Tambah beliau, sokongan dari peminat khususnya di media sosial menjadi pembakar semangat buatnya untuk menjadi tonggak Harimau Malaya yang lebih baik pada masa akan datang.

“Anda boleh lihat di media sosial saya, bilangan pengikut saya bertambah sejak saya tiba ke Malaysia.”

“Saya rasa gembira dan cukup bersyukur dengan peluang ini serta paling penting, mahu menjadi pemain yang lebih baik.

Palmero antara pemain yang disisihkan daripada 23 pemain terakhir ketika berdepan Nepal tempoh hari dan pertahanan kiri itu dijangka akan kembali dipanggil oleh Peter Cklamovski pada Jun.

Ujian seterusnya buat skuad Harimau Malaya adalah bertemu Vietnam pada 10 Jun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments