Sokongan Penang Bantu Sikh Izhan Menyerlah
MakanBola
Penang FC

Penjaga gol utama Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui sokongan yang diberi Penang FC khususnya jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membantunya menonjolkan prestasi terbaik untuk musim 2024/25.

Sejak menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman semusim dari Selangor FC, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya antara penjaga gol terbaik negara ketika ini.

Ad

Sikh Izhan bukan saja membantu Penang merekodkan tiga rekod tanpa bolos dalam lima perlawanan Liga Super musim ini. Malah, kecekapan penjaga gol kebangsaan itu memastikan Harimau Kumbang meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Perak FC 2-0 pada 13 Julai lalu.

Ad

Apabila ditanya tentang rahsia prestasinya ketika ini oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Sikh Izhan memaklumkan ini berlaku disebabkan sokongan penuh Penang kepadanya.

Ini termasuk galakan dan tunjuk ajar daripada Akmal, penolong jurulatih, Mat Saiful Mohamad dan jurulatih penjaga gol, Mohd Hisham Jainudin.

Ad

“Setiap orang yang berada di dalam dan luar padang terutama Coach Sham (Hisham), Coach Akmal dan Coach Saiful yang beri saya dorongan dan semangat (setiap kali beraksi),” katanya selepas tamat perlawanan Perak-Penang.

Ad

Sikh Izhan berharap dapat mengekalkan momentum ini bukan saja demi kebaikan skuad Harimau Kumbang. Malah, beliau berharap ini akan memantapkan lagi usahanya bergelar antara penjaga gol terbaik negara.

Ad

“Saya rasa saya nak kekalkan momentum ini sampai bila-bila. Saya kena fokus, saya nak buat untuk kerjaya saya dan buat untuk diri saya sendiri,” tambahnya.

Kecekapan Sikh Izhan dijangka ditagih Akmal untuk aksi liga seterusnya menentang Selangor FC di Stadium Bandaraya pada 27 Julai ini. Kemenangan pada 13 Julai lalu menyaksikan Penang menduduki tangga ketujuh liga dengan enam mata.