Sonny Bill Williams Pertahan Usaha Tunku Ismail & JDT
MakanBola
Sonny Bill Williams

Legenda ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams tampil mempertahankan usaha DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Williams yang juga Duta Sukan Johor menyifatkan pencapaian JDT menunjukkan kemajuan yang dicapai pasukan itu sejak diuruskan oleh baginda.

Malah, rasa cinta Tunku Ismail terhadap rakyat Johor dan kesungguhannya melihat negeri itu terus cemerlang merupakan antara topik perbualan mereka.

Screenshot 111 Sonny Bill Williams Pertahan Usaha Tunku Ismail & JDT

“Apa yang dibina di JDT di bawah sejak di bawah pemilikan Tunku Ismail jelas menunjukkan pencapaian yang telah dilakar.

“Saya boleh kata sejujurnya. rasa cinta yang baginda ada dan keinginannya melihat kemajuan untuk rakyat baginda, itulah perkara yang kita bualkan secara harian.

“Menjadi salah satu daripada duta sukan untuk negeri ini merupakan satu penghormatan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Williams turut memuji usaha Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi kerana membantu merealisasikan visi yang digariskan baginda.

Beliau turut berharap JDT terus melakar kecemerlangan terutama di pentas antarabangsa.