Sony Norde Tolak Lamaran Selangor & Kedah Demi Zainal Abidin Hassan
MakanBola
MUFC

Ketika ditanya untuk perlanjutan kontrak bersama Astro Arena, Pemain sayap import Melaka United itu, Sony Norde menjelaskan bahawa bukan mudah untuk membuat keputusan, melanjutkan kontrak bersama pasukan.

Pemain yang berasal dari Haiti itu menganggap duit bukan satu masalah yang besar malah menjadi jurulatihnya Zainal sebagai satu faktor utama beliau kekal dalam MUFC.

Ad

Dalam pada itu, Norde turut menyatakan ramai kelab ingin mendapatkannya akan tetapi beliau tetap menunjukkan sikap hormat dan setia menunggu keputusan daripada jurulatih (Zainal Abidin).

Ad

“Ya ia sesuatu yang menyukarkan. Kerana pihak pengurusan menyatakan bahawa ramai pemain akan kekal dan berjanji untuk kekalkan barisan kejurulatihan yang sedia ada,” katanya

“Saya tidak rasa gaji itu sebagai satu masalah yang besar kerana kalau bukan sebab Zainal, pasti pada akhirnya saya akan berada di pasukan lain.”

Ad

“Sebagai contoh Kedah, setiap hari menelefon saya dan begitu juga Selangor. Saya memberitahu mereka untuk bersabar kerana saya menunggu status jurulatih (Zainal Abidin),” jelasnya.

Ad

Sementara itu, Norde diilhat tidak mahu menunggu lama lagi untuk menandatangi kontrak terus bersama MUFC dan beliau juga berharap agar Zainal akan tetap kekal bagi mengendali Melaka United untuk terus mengharungi saingan musim ini.

Ad

“Saya tandatangani kontrak untuk terus bersama Melaka United kerana saya tahu Zainal akan kekal dan ramai dalam kalangan pemain tempatan juga tandatangani kontrak demi Zainal Abidin Hassan,” katanya.