SPRM Sahkan FAM Bebas Dua Tuduhan Rasuah & Salah Guna Kuasa
MakanBola
FA Malaysia

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SRPM) mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bebas dua tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Dua siasatan telah pun dijalankan membabitkan FAM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disahkan tidak mempunyai sebarang isu rasuah, salah guna kuasa mahupun penyelewengan.

Ad

Menurut laporan oleh Berita Harian, siasatan telah dijalankan oleh agensi penguatkuasa itu adalah terhadap isu projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta dan juga isu tohmahan kepimpinan dan pengurusan FAM sewaktu penganjuran kongres FAM ke-60.

Ad

SPRM difahamkan sudah menjalankan siasatan rapi berhubung kedua-dua isu yang dibangkitkan sebelum kes diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan susulan.

“SPRM menjalankan siasatan ke atas isu rasuah di FAM yang membabitkan pelaksanaan projek NTC di Putrjaya bernilai hampir RM25 juta. Kos pembangunan projek ini menggunakan dana yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ad

“SPRM juga menyiasat tohmahan dan dakwaan rasuah dalam penganjuran kongres FAM yang ke-60.

Ad

TPR berpuas hati dengan hasil siasatan dan memutuskan kes sebagai tiada tindakan lanjut.

Ad

“Hasil siasatan terhadap dua isu ini sudah diselesaikan oleh SPRM dan dirujuk kepada TPR dan TPR berpuas hati dengan hasil siasatan berkenaan serta memutuskan kes sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

“Tiada sebarang isu rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dikesan dalam dua siasatan itu,” tulis laporan Berita Harian.

SPRM juga dimaklumkan sebelum ini sudah merakamkan keterangan 14 saksi dan membuat pemeriksaan ke atas 10 premis yang berkaitan dengan kedua-dua isu berkenaan mengikut akta SPRM 2009.

Selain itu, tiga syarikat yang dikemukakan kepada FIFA bermesyuarat pada 8 April lalu dan sudah melantik sebuah syarikat untuk melaksanakannya. 

Bukan itu sahaja, penyediaan dokumen perjanjian kontrak oleh FAM berlaku hasil daripada keputusan pemilihan yang dibuat sendiri oleh FIFA.