Sri Lanka Tewas Tipis Kepada Thailand
MakanBola
Changsuek

Aksi saingan kelayakan Piala Asia 2027 malam ini menyaksikan Thailand berjaya perolehi kemenangan pertama di laman sendiri menentang Sri Lanka. 

Ini merupakan perlawanan pertama bagi peringkat kumpulan D. Kedua-dua pasukan dalam misi memburu kemenangan pertama untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan Thailand 1-0 Sri Lanka. Penyerang muda tuan rumah, Patrick Gustavsson menjaringkan gol tunggal pada minit ke-43 permainan selepas mudah menyempurnakan tandukan daripada Suphanat Muenta.

Ad

Separuh masa kedua berakhir tanpa sebatang jaringan. Sri Lanka gagal  bangkit mencipta gol pertama pasukan sementara Thailand kekal konsisten dengan mengekalkan keputusan  hingga tamat permainan.

Thailand ketika ini berkongsi mata bersama Turkmenistan menduduki tangga pertama dan kedua kumpulan D dengan 3 mata. 

Ad
Ad

Selepas ini, Thailand akan bertemu Turkmenistan dan Sri Lanka bakal berdepan Chinese Taipei pada 10 Jun hadapan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments