Dua Import Korea Selatan Hilang Tempat Di Sri Pahang FC
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang FC hari ini mengumumkan telah melepaskan dua pemain import dari Korea Selatan iaitu Lee Jeong Geun dan Lee Ji Yong. 

Menurut kenyataan daripada Sri Pahang FC, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

Jodoh kedua pemain import Korea Selatan ini bersama Sri Pahang hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. Mereka sertai pasukan pada bulan Mac 2023 yang lalu. 

Advertisements

Lee Jeong Geun (29 tahun) dan Lee Ji Yong (24 tahun), kedua pemain import ini gagal menembusi skuad utama Sri Pahang, mereka hanya sempat beraksi dalam saingan Piala MFL.

Ketika ini, Sri Pahang FC menduduki tangga ke 4 dalam kumpulan B dengan 12 mata dalam saingan Piala MFL. Selepas ini, Mereka akan bertemu Kuala Lumpur City Extension bagi perlawanan yang ke-10 peringkat kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram