Sri Pahang Hampir Pasti Tinggalkan Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Nasib pasukan Sri Pahang kini hampir pasti tidak akan beraksi di Liga Super musim hadapan.

Sri Pahang ketika ini berdepan dilema untuk kekal beraksi di musim akan datang setelah Pemilik, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan untuk mengundur diri.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, laporan akhbar tempatan mengatakan terdapat usaha daripada beberapa entiti luar yang berusaha bagi menyelamatkan nasib pasukan Sri Pahang ini agar tidak terkubur.

Ad

Terkini, menerusi makluman baharu daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bahawa pemain telah menerima surat pemberitahuan bahawa Sri Pahang tak akan bermain di Liga Super musim depan.

Tindakan itu sekaligus tampak memberi bayangan semakin jelas bahawa status naib juara Piala Malaysia tersebut sudah muktamad dan juga menutup kisah dalam kancah bola sepak Malaysia.

Ad

”Tutup cerita. Status Sri Pahang difahamkan sudah muktamad, apabila para pemain menerima surat hari ini yang memaklumkan bahawa skuad Tok Gajah tidak akan beraksi dalam Liga Super musim hadapan,” lapor Zulhelmi di laman X.

Ad

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan Sri Pahang mahu pun Malaysian Football League (MFL) ketika mana tarikh akhir permohonan Lesen Kebangsaan sudah semakin hampir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments