Sri Pahang Jadi Pilihan Sean Selvaraj
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Sri Pahang kini menjadi destinasi seterusnya buat Sean Selvaraj bagi saingan bola sepak musim 2024.

Sean Selvaraj telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Sri Pahang melalui laman media sosial rasmi kelab tersebut.

Ad

Pemain berusia 27 tahun ini merupakan pemain serangan yang mampu bermain dibahagian kanan dan kiri sayap pasukan.

Ad

Sean Selvaraj sebelum ini sempat memperkuatkan jentera serangan Negeri Sembilan dan juga Selangor sepanjang mewarnai arena bola sepak Malaysia.

Kehadiran pemain sayap ini pastinya bakal menambah kualiti pasukan Sri Pahang bagi musim hadapan setelah kelab tersebut melepaskan hampir 11 pemain pada awal musim ini.

Ad

Sean Selvaraj turut pernah menyarung jersi skuad junior Harimau Malaya pada tahun 2017 sewaktu pasukan bawah 23 tahun Malaysia menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2018 B23.

Ad

Selain Sean Selvaraj, pemain pertahanan Adam Nor Azlin turut diumumkan sebagai pemain baharu Sri Pahang pada hari ini.

Ad

Sri Pahang menamatkan saingan di tangga ke-5 liga pada musim lalu dengan mengumpul 45 mata sepanjang 26 perlawanan liga.