Sri Pahang Lunaskan Tunggakan Gaji Pemain
MakanBola
Sri Pahang FC

Barisan pemain Sri Pahang FC mendapat berita gembira sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana pasukan yang diberi jolokan Tok Gajah telah melunaskan sepenuhnya semua tunggakan gaji pemain.

Ad

Perkara ini turut disahkan pengurus pasukan, Dato’ Dollah Salleh dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Apa yang YAM Tengku Muda (Tengku Abdul Rahman) pasal nak melunaskan semua (tunggakan gaji), betul-betul apa yang dia cakap dibuktikan (dengan) melangsaikan semua (tunggakan) gaji.

“(Sri Pahang) tidak ada masalah lagi dari segi pembayaran gaji, alhamdulillah. Pemain-pemain kena buktikan (kemampuan) dalam setiap perlawanan,” katanya.

Ad

Khabar ini dijangka menyuntik semangat skuad Tok Gajah bukan saja untuk menghadapi baki aksi Liga Super.

Ad

Malah, ini juga dijangka menyemarakkan semangat anak buah Fandi Ahmad untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Unifi Piala Malaysia pada 26 April ini.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments