Stadium Bandaraya Bakal Dinaik Taraf
MakanBola
Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP
Sponsors

Penyokong Penang FC mendapat berita gembira kerana stadium keramat pasukan itu, Stadium Bandaraya akan dinaik taraf bermula bulan ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengurus Besar Penang, Jeffrey Chew Gim Eam menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi pasukan semalam.

Ad

Sebagai permulaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membuat penambahan kerusi tempat duduk penonton di bahagian teres terbuka dan pemasangan papan mata baharu di Zon B Stadium Bandaraya.

Ad

Jeffrey turut memaklumkan disebabkan kerja pemasangan papan mata baharu di Zon B, zon tersebut akan ditutup kepada penyokong untuk saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Stadium Bandaraya di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan dinaik taraf bermula bulan ini. Penang FC ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada MBPP yang sangat komited untuk sama-sama memajukan sukan bola sepak negeri Pulau Pinang dengan menyediakan fasiliti yang terbaik untuk pasukan.

Ad

“Di antara penambahbaikan Fasa 1 yang sedang dijalankan adalah penambahan kerusi tempat duduk penonton di bahagian teres terbuka (tangga ayam) dan pemasangan scoreboard baharu di Zone B Stadium Bandaraya.

Ad

“Untuk makluman juga kawasan scoreboard (Zone B) akan ditutup sepenuhnya untuk penonton bagi saingan Liga Malaysia musim ini kerana kerja-kerja penambahbaikan papan mata sudah mula dilakukan.

Ad

“Usaha penambahbaikan infrustruktur ini penting kerana Stadium Bandaraya adalah mercu tanda ikonik bagi negeri Pulau Pinang. Usaha pemodenan juga diharap akan berterusan dengan pelbagai lagi inisiatif dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebaik berita ini diumumkan, ramai penyokong Harimau Kumbang menyambut baik inisiatif tersebut. Ini kerana ini menunjukkan MBPP memahami keperluan penggiat sukan Pulau Pinang terutama pasukan Penang.

Penang ketika ini fokus untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 menentang Sri Pahang FC. Perlawanan itu akan berlangsung di Temerloh pada 14 Jun.