Kelab amatur dari Chukai, Terengganu, Real Chukai FC mengumumkan proses pajakan Stadium Mak Chili telahpun memasuki fasa akhir.
Melalui status yang dikongsikan di halaman Facebook Bahas Bola, Real Chukai juga berkongsi wajah baru stadium berkenaan yang bakal bercirikan stadium bola sepak sepenuhnya tanpa balapan sama seperti yang diamalkan kebanyakan kelab di United Kingdom.

Pajakan stadium ini akan memberikan hak komersial sepenuhnya buat Real Chukai mendekatkan lagi hubungan dengan komuniti setempat.




Stadium ini mampu memuatkan anggaran 1000 penonton dalam satu-satu perlawanan dan bakal menjadi kebanggaan warga Kemaman, Terengganu.
Real Chukai FC merupakan sebuah kelab amatur berkonsepkan komuniti setempat yang ditubuhkan pada tahun 2015.