Kemboja yang berada di ranking 174 FIFA (May 2021) kini boleh berbangga dengan peningkatan footballnomic dalam budaya bola sepak di sana.
Kelab-kebab yang beraksi di Liga Kemboja kini bergiat aktif dalam membangunkan infrastruktur dan juga fasiliti kelab masing-masing. Sebahagian dari kelab tersebut sudah memiliki pemilik dan stadiumnya sendiri.
Usaha ini dilakukan bagi mencorakkan sistem pentadbiran kelab yang holistik ke arah menjadikan sistem bola sepak yang lebih berstruktur. Sikap profesionalisme yang ditunjukkan ini harus dipuji dan dicontohi oleh kelab-kelab di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan kelab di liga Malaysia, terdapat beberapa perbezaan yang ketara terutamanya melibatkan aspek penyediaan fasiliti yang mencukupi.
Sebahagian kelab bola sepak di Malaysia masih mengharapkan dana daripada kerajaan negeri dan tidak memiliki stadium sendiri.
Sebagai rekod, hanya kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim yang memiliki fasiliti Stadium milik penuh kelab tanpa bergantung sebarang dana tambahan milik pihak berkuasa tempatan dalam saingan Liga Super Malaysia.

Kini dua kelab dari Kemboja memiliki stadium sendiri iaitu RSN Stadium berkapasiti 5000 penonton dimiliki oleh Phnom Phen Crown FC dan Prince Stadium berkapasiti 7000 penonton dimiliki Visakha FC.
RSN Stadium – Phnom Phen Crown FC
Prince Stadium – Visakha FC
Walaupun saiz stadium kedua-dua kelab ini tidak ‘segah’ stadium-stadium di Malaysia, namun mereka hidup dalam dunia penuh realiti mereka sendiri selain memiliki perancangan untuk membesarkan kapasiti apabila sudah bersedia.