Stadium Rajamangala Bakal Berwajah Baru
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Gelanggang keramat Thailand, Stadium Rajamangala akan menjalani sedikit perubahan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac.

Menerusi ciapan daripada wartawan Thailand, Ta Lao, beliau mengatakan bahawa padang di stadium berkenaan akan ditukar baharu sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia bersambung bulan hadapan.

”Stadium Rajamangala akan mempunyai padang baharu untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 menentang Korea Selatan bulan depan,” tulis Ta Lao di laman X milik beliau.

Advertisements

Stadium yang berkapasiti 50,000 orang ini akan memiliki padang rumput baharu sebelum pertembungan skuad Gajah Perang menentang Korea Selatan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 pada bulan Mac ini.

Kini, anak-anak buah Masatada Ishii menduduki tangga kedua kumpulan C aksi kelayakan ini dengan tiga hasil kemenangan ke atas Singapura dan kekalahan kepada China.

Advertisements

Thailand yang berjaya mara ke peringkat 16 terbaik di Piala Asia yang lalu bakal bertandang ke Seoul pada 21 Mac bagi aksi menentang Korea Selatan sebelum melayani kunjungan mereka semula pada 26 Mac nanti di Stadium Rajamangala.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram