Stadium Shah Alam Bakal Dilengkapi Teknologi Padang Boleh Alih
MakanBola
KSSA
Sponsors

Stadium Shah Alam baharu bakal dilengkapi teknologi padang boleh alih apabila fasa pembinaan stadium itu selesai pada 2028.

Teknologi padang boleh alih ini membolehkan rumput asli ditarik keluar untuk mendapatkan cahaya matahari dan pengudaraan semula jadi.

Ad

Ini sekaligus memastikan kualiti padang stadium kekal terbaik sepanjang masa. Ini juga bakal menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi tersebut.

Ad

Teknologi tersebut turut membolehkan stadium dapat menganjurkan pelbagai acara bukan sukan tanpa menjejaskan kualiti padang.

Antara stadium yang menggunakan teknologi padang boleh alih ialah Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Krestovsky dan Stadium Santiago Bernabeu.

Ad

Selain fasa pembinaan stadium, fasa pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sepenuhnya pula dijangka siap menjelang tahun 2030.

Ad

Stadium baru yang bakal dibina menggantikan Stadium Shah Alam itu bakal memiliki kapasiti antara 40,000 hingga 50,000 tempat duduk.

Ad

Fasa kedua pula membabitkan pembinaan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi. Fasa terakhir pula memberi fokus kepada pembinaan hotel dan terminal bas bersepadu.

KSSA juga bakal dihubungkan dengan sistem keretapi aliran ringan (LRT). Ini kerana stesen LRT bagi Laluan Shah Alam (LRT3) telah dibina berhampiran kawasan Stadium Shah Alam dan bakal beroperasi pada 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments